Nak ubah suai rumah, ofis, atau kedai? Designer yang anda pilih akan tentukan sama ada hasilnya jadi wow… atau buat anda rasa terbeban.
Tak semua designer sama. Ada yang cekap, faham kehendak klien & jaga bajet. Tapi ada juga yang “jual janji”, kerja lambat atau susah nak bincang bila ada masalah.
Sebelum buat keputusan besar, ini 5 perkara penting yang anda wajib semak sebelum pilih designer:
- Tengok Testimoni & Review Klien Sebelum
✅ Baca review di Google, social media, atau platform macam Recommend/MyReno
✅ Lagi banyak feedback positif = lagi tinggi keyakinan
✅ Jangan abaikan review negatif – baca dan nilai cara mereka respon
Kenapa penting: Designer yang baik akan jaga reputasi. Klien puas hati = kerja kemas & komunikasi bagus. - Minta Contoh Hasil Kerja Sebelum Ini
✅ Minta portfolio lengkap: gambar sebelum/selepas, 3D design & hasil akhir
✅ Tengok gaya mereka – sesuai tak dengan taste anda?
✅ Lagi banyak variasi, lagi fleksibel mereka untuk adapt idea anda
Kenapa penting: Anda tak nak jadi ‘test project’. Tengok hasil kerja sebenar beri gambaran kemahiran mereka. - Pastikan Ada Pejabat Fizikal
✅ Ada showroom atau office tetap
✅ Senang kalau nak jumpa, bincang kontrak, tengok sample material
✅ Tanda mereka serius & berdaftar – bukan designer ‘atas angin’
Kenapa penting: Lebih mudah berurusan bila ada masalah. Lagi yakin bila tahu mereka wujud secara rasmi. - Ada Black & White (Quotation, Agreement, Timeline)
✅ Semua janji & harga ditulis dalam quotation / kontrak
✅ Ada pecahan kos – supaya jelas & tak terkejut nanti
✅ Nyatakan tempoh siap kerja & waranti (kalau ada)
Kenapa penting: Lindungi hak anda sebagai klien. Hitam putih elakkan salah faham & kos tersembunyi. - Pilih Designer Yang Dengar Kehendak Anda
✅ Designer yang baik akan tanya & faham lifestyle anda dulu, bukan terus cadang ikut idea dia je
✅ Mereka bantu realisasikan idea anda, bukan tukar jadi rumah orang lain
✅ Komunikasi 2 hala yang jujur & mesra
Kenapa penting: Bila designer faham keperluan sebenar (ruang, bajet, gaya), barulah hasilnya puas hati.
Kesimpulan
Pilih designer bukan sebab viral atau murah semata-mata. Pilih sebab mereka faham anda, boleh dipercayai, dan hasil kerja terbukti.
Kami sedia bantu dari A sampai Z – dari idea, 3D design, pemilihan material sampai siap bina.
WhatsApp terus ke 012-525 4045 / Klik butang “Contact Us” di hujung kanan page



