Nak ubah dapur tapi tak pasti nak ikut susun atur macam mana? Jom kenali 6 jenis layout dapur paling popular – pilih ikut kesesuaian ruang & gaya hidup!
1. Dapur Bentuk U (U-Shaped)
Dikelilingi kabinet di 3 sisi – banyak ruang simpan & tempat kerja. Ideal untuk yang rajin masak & perlukan dapur yang praktikal.
2. Dapur Bentuk L (L-Shaped)
Guna dua dinding membentuk huruf L. Sesuai untuk ruang terbuka & mudah alih – boleh tambah island kalau ada ruang lebih!
3. Dapur Bentuk G (G-Shaped)
Macam bentuk U tapi ada tambahan kaunter kecil. Banyak ruang & sesuai untuk dapur besar atau keluarga ramai.
4. Dapur Galley (Galley Kitchen)
Dua baris kabinet selari – efisien & jimat ruang. Pilihan terbaik untuk dapur sempit macam apartment.
5. Dapur Island (Island Kitchen)
Ada pulau di tengah – boleh guna untuk masak, makan atau lepak. Sesuai untuk ruang dapur luas & konsep terbuka.
6. Dapur Satu Dinding (Single Wall)
Semua dalam satu baris – ringkas & kemas. Sesuai untuk rumah kecil atau konsep minimalis.



