Skip to main content

Interior rumah Jepun terkenal dengan gaya yang ringkas, kemas dan tenang. Bukan sekadar cantik di mata, tapi juga praktikal dan sesuai untuk gaya hidup moden. Kalau anda sukakan rumah yang tak berserabut, senang nak kemas dan rasa “lapang” walaupun ruang kecil – konsep Jepun mungkin kena dengan citarasa anda.

Jom tengok apa yang buat interior rumah Jepun begitu unik:

1. Gaya Minimal & Kemas

Rumah Jepun tak banyak barang. Perabot pun biasanya rendah dan berbentuk ringkas. Segala-galanya ada fungsi. Tak ada perhiasan berlebihan, dan ruang sentiasa nampak teratur.

✅ Tak semak
✅ Senang bersihkan
✅ Nampak luas walaupun kecil

2. Perabot Rendah & Dekat Lantai

Meja rendah, kerusi lantai (zaisu), dan tidur atas tilam lipat (futon) — ini semua biasa dalam rumah Jepun. Ia buat ruang nampak lapang dan rasa lebih santai.

3. Banyak Guna Kayu & Warna Natural

Rumah Jepun banyak guna kayu cerah, sama ada untuk lantai, dinding, atau bingkai pintu. Warna pun lembut je – putih, beige, coklat muda, atau kelabu cair. Ini semua bantu wujudkan suasana tenang dan sejuk mata memandang.

4. Pencahayaan Semula Jadi

Rumah Jepun direka untuk dapat cahaya semula jadi sebanyak mungkin. Bukaan tingkap besar, pintu gelangsar, dan langsir nipis bantu masukkan cahaya dari luar – buat rumah nampak cerah & segar.

5. Susun Atur Fleksibel

Banyak ruang dalam rumah Jepun boleh ubah fungsi. Contohnya, ruang tamu boleh jadi tempat makan, dan malam jadi bilik tidur – hanya perlu alih meja atau bentang futon. Jimat ruang, jimat kos.

6. Elemen Tumbuhan & Alam

Walaupun ringkas, rumah Jepun tetap ada sentuhan semula jadi – macam pokok bonsai, buluh, atau pasu tanah liat kecil. Ia bantu seimbangkan suasana supaya tak rasa “kosong”.

Kenapa Ramai Suka Gaya Jepun?

✅ Rasa tenang bila masuk rumah
✅ Tak banyak barang = kurang semak & stress
✅ Nampak moden walaupun simple
✅ Sesuai untuk rumah kecil atau apartment

Nak Bawa Suasana Jepun Ke Dalam Rumah Anda?

Kami boleh bantu reka bentuk dalaman rumah gaya Jepun – lengkap dengan susun atur, pemilihan warna, dan perabot – semua dalam bentuk 3D Design sebelum kerja ubah suai bermula.

WhatsApp kami di 012-525 4045 / Klik butang “Contact Us” di hujung kanan page

Leave a Reply